Cari @ Amanz

Amplifier Marshall digunakan oleh legenda gitar seperti Jimmy Page, Slash dan Jimmy Hendrix. Kualiti dan tona audio yang dihasilkan amplifier mereka direka khas untuk pemuzik rock dari dulu sehinggalah sekarang. Kini Marshall memasuki arena penghasilan peranti pintar dengan Marshall London. Ia mempunyai skrin 4.7″  720P, diperkasakan pemproses Snapdragon 410, RAM sebesar 2 GB dan muatan dalaman 16 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 2 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri pula ialah 2500 mAh. Peranti ini mempunyai spesifikasi sederhana dan lebih mementingkan kualiti audio.

Marhsall-London-2

Pembesar suara stereo berkembar diletakkan pada bahagian hadapan dan ia mempunyai dua jack fon kepala pada bahagian atas. Turut disertakan ialah butang khas tembaga pada bahagian atas untuk melancarkan aplikasi muzik. Butang suara jenis berputar pada bahagian sisi diperbuat daripada tembaga dan panel belakang diperbuat daripada Tolex yang sinonim dengan amplifier gitar buatan Marshall.

Ini adalah peranti yang mensasarkan peminat muzik dan jenama Marshall. Ia akan dijual 21 Ogos hadapan pada harga $590 (RM 2240). Sebuah peranti dengan kemampuan audio yang menarik. Untuk spesifikasi yang agak rendah harga jualannya adalah amat mahal.

Marhsall-London-3Marhsall-London-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd