Cari @ Amanz

Pada bulan Januari yang lepas, Xiaomi telah memperkenalkan Redmi Note 4 untuk pasaran global, dimana berbeza dengan versi China yang menggunakan Helio X20, untuk pasaran global ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625.

Terkini, Xiaomi seumpama memberikan petanda yang mana telefon pintar berkenaan bakal hadir ke pasaran tempatan. Tiada sebarang gambaran jelas yang diberikan, tetapi gambar teaser yang dikeluarkan di Facebook rasmi Xiaomi Malaysia dilihat mengintegrasikan beberapa elemen daripada video teaser untuk Xiaomi Redmi Note 4 sebelum ini.

Xiaomi Teaser

Semakan kami dengan beberapa rakan penjual peranti turut mengatakan mereka mendengar ia akan hadir sekitar Mac atau April ini.

Xiaomi Redmi Note 4 merupakan sebuah peranti berskrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4100mAh.

Buat masa ini, ia tidak diketahui variasi manakah yang bakal dibawa masuk oleh Xiaomi untuk pasaran tempatan. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd