Cari @ Amanz

Hari ini, pihak ZTE Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich terkini mereka, ZTE Acqua untuk pasaran Malaysia, menawarkan peranti berspesifikasi rendah mereka pada harga RM699.

ZTE Acqua membawakan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan resolusi 480×800 pixel, cip pemprosesan 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 3-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 0.3-megapixel pada bahagian hadapan. Ia turut sama didatangkan dengan bateri berkapasiti 1650mAh padanya.

Dengan adanya ZTE Acqua ini, mungkin ianya adalah telefon pintar Ice Cream Sandwich paling murah yang terdapat di pasaran buat masa ini. Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd