Peranti ini bukan sahaja paling penting pernah dihasilkan oleh Motrola malahan ianya antara yang paling penting pernah dihasilkan untuk manusia. Tanpa DynaTAC 8000X (Dynamic Adaptive Total Area Coverage) peranti mudah alih mungkin tidak wujud. Kepada yang masih tidak mengenali model ini, ia adalah telefon selular mudah alih pertama di dunia. Ketika muncul pada 21 September 1983 ia adalah lebih ringan (seberat 900 gram) berbanding telefon "mudah alih" Nokia Mobira Senator (yang juga merupakan peranti mudah alih pertama Nokia yang seberat 9 kilogram). Ia mempunyai kapasiti bateri yang cukup untuk melakukan panggilan selama 30 minit. Masa pengecasan bateri pula ialah sekitar 10 jam!
Harga jualannya pula bersamaan dengan RM 41000 sebuah mengikut nilai mata wang sekarang. Selepas 33 tahun teknologi yang digunakan DynaTAC 8000X mungkin dianggap kuno. Tetapi teknologi kuno inilah adalah sebab mengapa sekarang anda tidak bercakap dengan kawan semeja, tidak bercakap dengan sanak saudara ketika hari raya dan penyebab berita palsu mudah tersebar di media sosial. Terima kasih Motorola. Namamu mungkin sudah berkubur tetapi sumbangan anda kepada teknologi peranti mudah alih tidak akan dilupakan.
Bersetuju dengan senarai ini atau anda merasakan kami tertinggal peranti yang jauh lebih penting. Kongsikan pendapat anda di bawah. Masa untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada Motorola selepas bertahun-tahun mereka mengucapkan Hello Moto kepada kita semua.