Salah satu dari teknologi yang paling pantas berkembang di dalam dunia pengkomputeran adalah dari segi kad grafik. Disebabkan persaingan yang sengit antara AMD dan NVIDIA, kedua–dua syarikat ini bakal memperkenalkan beberapa penaik-tarafan pada produk mereka.
AMD bakal memperkenalkan cip Artic Island manakala NVIDIA bakal memperkenalkan cip Pascal. Berbeza dari cip grafik sekarang yang dibina berdasarkan teknologi 28nm, Artic Island dan Pascal akan menggunakan teknologi 14/16nm. Kedua – duanya juga akan menggunakan HBM2 (High Bandwidth Memory 2), satu penaiktarafan dari HMB yang digunakan pada kad Fury oleh AMD.
Teknologi yang digunakan pada teori akan memberikan pengguna kad yang lebih pantas, menggunakan kuasa yang kurang dan juga tidak mudah panas. Juga disebabkan persaingan sengit NVIDIA/AMD, harga juga dijangkakan kompetitif diantara mereka