Anda Kini Boleh Mendapatkan Google Pixel 2 Pada Harga Kurang RM2,800

Anda Kini Boleh Mendapatkan Google Pixel 2 Pada Harga Kurang RM2,800

Promosi tamat.

RM2799 RM3399 -18%

Google Pixel 2 merupakan telefon pintar keluaran Google secara rasminya, dan ditawarkan di beberapa buah negara sahaja setakat ini. Bagi pengguna tempatan, anda perlu bergantung kepada set import sekiranya berminat untuk mendapatkannya.

Google Pixel 2

Kini, DirectD, salah satu penjual peranti tempatan turut menawarkan Pixel 2 ini pada harga diskaun mencapai serendah RM2799 untuk model 64GB, sementara RM2999 untuk model 128GB.

Google Pixel 2 hadir dengan skrin 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dilengkapi kamera belakang 12.2-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 2700mAh.

Selain Google Pixel 2, anda turut boleh membeli Google Pixel 2 XL pada harga serendah RM3399.

Beli : Google Pixel 2

Beli : Google Pixel 2 XL