Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM4000

Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM4000

Promosi tamat.

RM3999 RM5149 -22%

Apple sebelum ini telah hadir dengan telefon pintar premium mereka, dinamakan iPhone X. Ketika pelancaran, ia membawakan tanda harga RM5149, dan dari bulan ke bulan, kita telah melihat ia ditawarkan pada harga diskaun. Hari ini, melalui penawaran pada platform 11Street, iPhone X kini boleh didapati pada harga kurang RM4,000.

Apple iPhone X

Seperti ramai sedia maklum, iPhone X hadir dengan skrin 5.8-inci Super Retina, dijana cip Apple A11 Bionic, dilengkapi dwi-kamera 12MP dibelakang, dan 7-megapixel kamera swafoto. Ia turut hadir dengan sokongan seperti Animoji, sokongan pengecasan nirwayar, dan juga ciri kalis percikkan air.

Model 64GB ditawarkan pada harga serendah RM3,999, sementara model 256GB ditawarkan pada harga RM4499. Anda turut boleh menggunakan kod khusus dan mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM250 – sekaligus membolehkan anda mendapatkan iPhone X pada harga serendah RM3749.

Beli : Apple iPhone X di 11Street

Terima kasih Pang untuk tips.