Diskaun RM200 Untuk Wiko View 2 Pro Di Lazada

Diskaun RM200 Untuk Wiko View 2 Pro Di Lazada

Promosi tamat.

KOD: WV2PRO200

Wiko telah melancarkan Wiko View 2 Pro pada Mei 2018 di pasaran tempatan. Ia merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan rekaan yang menarik. Bermula 21 November sehingga 25 November 2018, Wiko menawarkan diskaun sebanyak RM 200 untuk telefon pintar Wiko View 2 Pro yang hanya boleh didapati di kedai rasmi Wiko di Lazada.

Wiko siri View merupakan siri yang memfokuskan terhadap paparan skrin yang besar sekaligus menjadikannya sebagai peranti flagship jenama ini. Telefon pintar ini hadir dengan skrin penuh 6-inci bertakuk. Wiko View 2 Pro dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 450. Ia turut dilengkapi dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB bersama kad mikroSD sebesar 256GB.

Untuk rakaman gambar, View 2 Pro hadir dengan dwi-kamera 16-megapixel + 8-megapixel lensa Sony IMX499 dan kamera swafoto 16-megapixel di bahagian hadapan peranti. Untuk penggambaran malam, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan lampu flash LED dengan sokongan dwi-tona pencahayaan. Viko View 2 pro turut dilengkapi dengan fungsi Face Beauty dan Live Potrait Blur. Dari segi fungsi video, Wiko View 2 Pro menawarkan rakaman video dengan penstabilan di kedua-dua kamera utama dan kamera swafoto untuk mengurangkan gegaran. Ia juga menyajikan fungsi Slow Motion, Time-Lapse dan Auto Zoom untuk rakaman video sempurna.

Menariknya, Wiko View 2 Pro turut menawarkan spesifikasi Face Unlock dan pengimbas cap jari secara terbina padanya. Ia turut dilengkapi dengan sistem operasi Android Oreo asli tanpa penambahan antaramuka padanya.

Bagi pengguna yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Wiko View 2 Pro melalui platform atas-talian Lazada hari ini pada harga RM 799 dengan menggunakan kod diskaun WV2PRO200. Terdapat dua warna ditawarkan untuk peranti ini iaitu warna hitam dan emas.

Beli: Wiko View2 Pro Di Lazada