Honor 6A Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM469 Untuk Tempoh Terhad

Honor 6A Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM469 Untuk Tempoh Terhad

Promosi tamat.

RM469 RM619 -24%

Honor 6A Pro merupakan salah satu peranti berspesifikasi pertengahan yang baik yang telah hadir pada tahun lepas. Hari ini, untuk tempoh waktu terhad, telefon pintar berkenaan boleh didapati pada harga RM469 melalui Shopee.

Honor 6A Pro

Honor 6A Pro hadir dengan skrin 5-inci, dijana cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Ia dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera swafoto 5-megapixel.

Melengkapkan telefon pintar dengan binaan berasaskan logam ini adalah bateri berkapasiti 3020mAh, selain dijana sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM469 untuk tempoh terhad sehingga pukul 3 petang ini.

Beli : Honor 6A Pro