Honor Play Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Tempoh Terhad

Honor Play Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Tempoh Terhad

Promosi tamat.

RM999 RM1099 -9%

Honor Play merupakan salah satu telefon pintar yang popular dikalangan ramai pengguna, kerana ia telah memulakan tradisi penawaran telefon dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu-milik. Terkini, bersempena dengan promosi terhad, pihak Honor Malaysia menawarkan telefon Honor Play ini pada harga RM999.

Honor Play hadir dengan fokus terhadap permainan video, dimana ketika pengenalannya, ia merupakan antara peranti terawal menawarkan GPU Turbo. Ia hadir dengan skrin 6.3-inci, dijana cip Kirin 970 yang digunakan pada Huawei Nova 4, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dijana bateri berkapasiti 3750mAh.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran waktu terhad ini di laman HiHonor, dan mendapatkan Honor Play pada harga RM999 sebelum promosi tamat pada 3 Mac 2019.

Beli : Honor Play