Huawei Nova 3i Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1089

Huawei Nova 3i Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1089

Promosi tamat.

RM1089 RM1249 -13%

Huawei Nova 3i merupakan salah satu telefon pintar baru daripada Huawei, dan telah dilancarkan beberapa minggu lepas pada harga RM1249. Menariknya, kini pengguna yang berminat turut boleh mendapatkan telefon pintar ini dengan harga diskaun, sekaligus menjadikan peranti berkenaan berharga serendah RM1089.

Huawei Nova 3i

Huawei Nova 3i

Huawei Nova 3i hadir dengan skrin 6.3-inci, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan sebesar 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera hadapan 24MP + 2MP, selain kamera belakang 16MP + 2MP. Melengkapkan ia adalah bateri 3340mAh, selain sokongan baru seperti Qmoji. Huawei turut mengatakan sokongan GPU Turbo bakal hadir ke peranti ini tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1089 melalui Shopee hari ini.

Beli : Huawei Nova 3i di Shopee