Huawei P20 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1969

Huawei P20 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1969

Promosi tamat.

RM1969 RM2299 -14%

Dengan penawaran pelbagai peranti berasaskan cip Kirin 970 pada harga kompetitif, kini beberapa penjual turut telah mula menawarkan Huawei P20 pada harga lebih rendah. Lanjutan daripada kemaskini harga yang dilakukan Huawei semalam untuk Huawei P20, kini salah satu penjual turut menawarkan Huawei P20 pada harga kurang RM1969.

Ditawarkan melalui Shopee, pengguna boleh mendapatkan Huawei P20 ini pada harga RM1969.

Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8-inci bertakuk, dijana cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang Leica, selain kamera hadapan 24-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Huawei P20 di Shopee, dan mendapatkannya pada harga lebih rendah.

Beli : Huawei P20 di Shopee