Huawei P30 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1999

Huawei P30 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1999

Promosi tamat.

RM1999 RM2299 -13%

Huawei P30 merupakan salah satu telefon pintar mercu daripada Huawei untuk tahun 2019 ini. Lanjutan daripada perubahan harga yang dilakukan Huawei pada minggu lepas, kini terdapat penjual yang menawarkannya pada harga diskaun, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga serendah RM1999.

Huawei P30 merupakan telefon pintar yang menggunakan skrin 6.1-inci, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi tri-kamera belakang gabungan 40MP + 16MP + 8MP, selain kamera swafoto 32-megapixel dihadapan. Melengkapkannya adalah bateri 3650mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penyenaraian Huawei P30 di Shopee, dan mendapatkan ia pada harga diskaun serendah RM1999.

Beli : Huawei P30 di Shopee