Huawei Y6 (2018) Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM600 Di Malaysia

Huawei Y6 (2018) Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM600 Di Malaysia

Promosi tamat.

RM599 RM619 -3%

Huawei Y6 (2018) merupakan salah satu peranti terbaru daripada Huawei yang telah memasuki pasaran tempatan baru-baru ini. Selain ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi, beberapa pengedar juga turut telah mula menawarkan telefon pintar ini.

Huawei Y6 2018

Huawei Y6 (2018) hadir dengan skrin 5.7-inci dengan paparan HD penuh pada nisbah 18:9, dilengkapi cip Snapdragon 425, memori 2GB RAM, dan storan sebesar 16GB.

Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera swafoto 13-megapixel dihadapan. Menjana peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh, dan juga sistem operasi Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0.

Di Malaysia, ia sepatutnya berharga RM620, tetapi pengguna kini boleh mendapatkannya pada harga diskaun, RM599.

Beli : Huawei Y6 (2018)