Humble Bundle Menawarkan Perisian Penyuntingan Vegas Pro Pada Harga Diskaun

Humble Bundle Menawarkan Perisian Penyuntingan Vegas Pro Pada Harga Diskaun

Sah sehingga 26 Apr, 2018
RM77.53 RM3597.39 -98%

Humble Bundle sedia terkenal dengan penawaran pelbagai permainan dan kandungan pada harga diskaun, sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan versi asli dengan lebih mudah. Terkini, untuk dua minggu ini, pihak Humble Bundle menawarkan perisian penyuntingan video Vegas Pro pada harga diskaun, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga kurang RM80.

Humble Software ReBundle kali ini menawarkan perisian Music Maker 80s Edition, MAGIX Photo Manager Deluxe dan Soundpool Blockbuster pada harga sumbangan minima $1.

Humble Bundle

Pada sumbangan purata (sekitar $18), anda akan turut menerima perisian Xara Photo, MAGIX Photostory Deluxe, dan juga Music Maker Hip Hop Beat Producer.

Dan pada harga sumbangan minima $20, anda akan menerima perisian penyuntingan video Vegas Pro 14 Edit, Magix Vintage Effects Suite, Xara Web Designer Premium, dan juga MAGIX Video Sound Cleaning Lab.

Bagi anda yang mencari perisian penyuntingan dan multimedia asli pada harga mampu-milik, ini mungkin peluang anda untuk mendapatkannya pada harga diskaun.

Layari : Humble Bundle ReBundle