Jabra Tawar 50% Untuk Jabra Elite 65t – Kini RM449 Sahaja

Jabra Tawar 50% Untuk Jabra Elite 65t – Kini RM449 Sahaja

Promosi tamat.

RM449 RM899 -50%

Jabra Elite 65t adalah set fon telinga nirwayar sebenar dari Jabra yang dilancarkan pada dua tahun lepas dengan tanda harga RM899. Ia mampu berfungsi selama lima jam dengan sekali caj. Dengan penggunaan dok pengecas khas, fon telinga ini boleh berfungsi selama 15 jam. Selain Google Assistant dan Siri, Elite 65t kini mula menyokong Alexa. Ia turut dilengkapi dengan ketahanan IP55 yang menjamin ketahanan percikan air, peluh, hujan dan juga debu.

Terkini, TWS ini ditawarkan dengan potongan harga 50%. Pengguna boleh mendapatkannya dengan tanda harga hanya RM449 sahaja. Jualan ini terhad di Lazada pada 9 April sahaja. Jabra hanya mengadakan jualan ini dalam tempoh 24 jam. Pembelian pula terhad dengan LazMall Jabra sahaja dan setiap pembelian mempunyai jaminan 2 tahun. Melalui Jabra Elite 65t ini Jabra menjamin kualiti audio yang hebat, lantang, enak didengari dan pasti akan memberikan pengalaman yang mengasyikkan.