Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1499

Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1499

Promosi tamat.

RM1499 RM2299 -35%

Lenovo sebelum ini telah mula menawarkan Lenovo Z6 Pro di Malaysia sejak Julai 2019 yang lepas. Pada pengenalan, ia ditawarkan pada harga RM2299. Menariknya, kini harga jualan peranti berkenaan dilihat telah dikemaskini, dan boleh didapati pada harga RM1499.

Lenovo Z6 Pro merupakan telefon mercu daripada Lenovo, hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah empat kamera belakang gabungan 48MP + 16MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh bersama dengannya.

Bagi anda yang sedang melihat untuk mendapatkan peranti mercu pada harga kompetitif, mungkin turut boleh melihat kepada tawaran daripada Lenovo ini melalui Lenovo Z6 Pro.

Beli : Lenovo Z6 Pro