LG V30 Plus Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM2000

LG V30 Plus Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM2000

Promosi tamat.

RM1999 RM3199 -38%

LG sebelum ini telah membawa masuk salah satu telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu LG V30 Plus. Ketika ia memasuki pasaran Malaysia pada April yang lepas, ia berharga RM3199.

Namun, mungkin kerana popularitinya yang kurang, harga jualannya berkurangan dari hari ke hari.

LG V30 Plus

Terkini, ia dilihat penjual tempatan telah menawarkan ia pada harga RM2199, dan pengguna turut boleh mendapatkan ia pada harga RM1999 dengan menggunakan kod LZD200.

LG V30 Plus hadir dengan skrin 6-inci P-OLED, dijana cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera 16-megapixel + 13-megapixel dibelakang, selain bateri berkapasiti 3300mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian LG V30 Plus ini melalui Lazada pada harga serendah RM1999.

Beli : LG V30 Plus di Lazada