Nubia Red Magic Mars Dengan Snapdragon 845 Dan 6GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1299

Nubia Red Magic Mars Dengan Snapdragon 845 Dan 6GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1299

Promosi tamat.

RM1299 RM1599 -19%

Nubia sedia menawarkan telefon pintar memfokuskan permua mereka tersendiri, dinamakan sebagai Red Magic Mars. Ia baru sahaja memasuki pasaran tempatan secara rasminya beberapa minggu lepas, dan kini pihak Nubia menawarkan diskaun masa terhad untuknya.

Melalui Shopee, Nubia Red Magic Mars kini boleh didapati pada harga serendah RM1299, sekaligus menjadikannya antara peranti berspesifikasi tinggi pada harga berpatutan.

Nubia Red Magic Mars hadir dengan skrin 6-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, GPU Adreno 630, memori 6GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi kamera hadapan 8-megapixel dan kamera belakang 16-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sistem operasi Android 9.0 Pie. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3800mAh.

Ia turut hadir dengan beberapa penawaran memfokuskan permua, termasuk sistem penyejukan yang agak baik, selain sokongan sistem lampu RGB dibelakang.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran masa terhad pihak Nubia ini untuk Red Magic Mars, yang membolehkan anda mendapatkannya pada harga serendah RM1299.

Beli : Nubia Red Magic Mars

Terima kasih Pang untuk tips.