Poco F2 Pro Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1519

Poco F2 Pro Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1519

Promosi tamat.

RM1519 RM1999 -24%

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Poco F2 Pro, kini anda boleh mendapatkan ia pada harga serendah RM1519 melalui Xiaomi Official Global Store di Shopee. Untuk makluman, pembelian melalui kedai ini akan dihantar dari luar negara – walaupun disokong oleh Xiaomi secara rasminya.

Poco F2 Pro

Poco F2 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 865, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, sementara kamera swafoto 20-megapixel dihadapan.

Poco F2 Pro menggunakan MIUI khusus untuk Poco, dan turut menyertakan bateri 4700mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di Shopee – dan mendapatkannya pada harga diskaun lebih tinggi. Tetapi, seperti dinyatakan awal, ia dihantar dari luar negara, dan mungkin mengambil tempoh masa penghantaran yang lebih lama dari kebiasaan. Produk yang dibeli juga disokong jaminannya melalui Xiaomi Malaysia.

Beli : Poco F2 Pro di Shopee