Razer Phone 2 Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM2k

Razer Phone 2 Kini Boleh Didapati Pada Harga Kurang RM2k

Promosi tamat.

RM1999 RM3449 -42%

Razer Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar memfokuskan permua yang hadir daripada Razer, dan telah dipasarkan di Malaysia sejak awal tahun 2019 ini. Ketika pelancaran, ia membawakan tanda harga sebanyak RM3449. Apa pun, dari bulan ke bulan, ia telah menerima diskaun, dan kini boleh didapati pada harga serendah RM1999.

Razer Phone 2 hadir dengan skrin 5.7-inci pada kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera 12-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh.

Telefon yang dioptimasikan untuk permua ini juga hadir dengan sokongan kalis air dan juga pengecasan nirwayar.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM1999 hari ini.

Beli : Razer Phone 2