Razer Phone 2 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1859

Razer Phone 2 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1859

Promosi tamat.

RM1859 RM3349 -44%

Razer Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar yang memfokuskan kepada permainan video. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini dengan tanda harga melangkaui RM3k, dan menariknya kini ia boleh didapati pada harga RM1859.

Dari segi spesifikasi, Razer Phone 2 menggunakan skrin 5.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera 12MP dibelakang, serta bateri 4000mAh.

Sejumlah ciri-ciri memfokuskan permua turut disertakan pada telefon pintar ini, termasuk logo Razer yang bercahaya dibelakang peranti, selain sistem penyejukkan untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar memfokuskan kepada permua, mungkin boleh menyemak penawaran Razer Phone 2 ini hari ini.