Razer Phone 2 Kini Ditawarkan Pada Harga RM2429

Razer Phone 2 Kini Ditawarkan Pada Harga RM2429

Promosi tamat.

RM2429 RM2799 -13%

Razer Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar memfokuskan permua yang menjadi perbualan ramai sejak dilancarkan. Di Malaysia, ia telah diperkenalkan pada awal tahun ini, tetapi dalam masa hanya sekitar tiga bulan lebih sahaja, ia telah memperlihatkan penurunan harga yang agak drastik. Kini, telefon pintar berkenaan sudah boleh didapati pada harga serendah RM2,429.00.

Razer Phone 2 hadir dengan skrin 5.72-inci yang menawarkan sokongan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Ia turut hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti kalis air IP67, kebolehan pengecasan pantas QuickCharge 4.0+, sokongan pengecasan nirwayar, audio Dolby Atmos, dan juga kebolehan mengawal lampu Razer Chroma.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM2429 hari ini melalui laman rasmi mereka di Shopee.

Beli : Razer Phone 2