Razer Phone 2 Menerima Diskaun – Kini Boleh Didapati Pada Harga RM3188

Razer Phone 2 Menerima Diskaun – Kini Boleh Didapati Pada Harga RM3188

Promosi tamat.

RM3188 RM3499 -9%

Razer Phone 2 telah pun diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada pertengahan Januari lepas, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM3449. Kini, selang sebulan, pihak Razer dilihat telah mula menawarkan telefon pintar berkenaan dengan harga diskaun.

Razer Phone 2

Ditawarkan melalui saluran rasmi Razer di Lazada, kini ia ditawarkan dengan diskaun, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM3188. Ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya dengan diskaun sebanyak RM261 berbanding harga jualan asal.

Razer Phone 2 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, rekaan berkotak, dan dilengkapi sokongan pembesar suara stereo dihadapan. Ia dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan storan sebesar 64GB.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah dwi-kamera belakang 12-megapixel selain kamera swafoto 8-megapixel. Beberapa ciri-ciri khusus untuk permainan video turut disertakan, termasuk kebolehan mengawal pencahayaan logo Razer dibelakang peranti berkenaan.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkannya, mungkin boleh menyemak penawaran pihak Razer ini di Lazada hari ini.

Beli : Razer Phone 2