Realme 2 Pro Dengan 8GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM899

Realme 2 Pro Dengan 8GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM899

Promosi tamat.

RM899 RM1099 -18%

Realme pada minggu lepas telah menawarkan telefon pintar mereka dengan harga diskaun melalui laman jualan atas-talian Lazada. Hari ini, mereka turut hadir dengan promosi lebih kurang sama melalui platform jualan Shopee.

Seperti asalnya, yang mencuri perhatian adalah Realme 2 Pro, dimana pengguna boleh mendapatkan variasi dengan 8GB RAM dan storan 128GB pada harga RM899.

Realme 2 Pro hadir dengan skrin 6.3-inci dengan takuk kecil, dijana cip Snapdragon 660, dwi-kamera belakang 16-megapixel, dan juga kamera swafoto 16-megapixel.

Selain versi 8GB RAM, pengguna juga boleh mendapatkan variasi 4GB RAM dengan 64GB storan pada harga RM699 melalui Shopee untuk hari ini dan esok.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Realme di Shopee ini hari ini dan mendapatkan peranti berkenaan pada harga lebih rendah berbanding kebiasaan.

Beli : Realme 2 Pro di Shopee