Samsung Galaxy Note 8 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM2779

Samsung Galaxy Note 8 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM2779

Promosi tamat.

RM2779 RM3769 -26%

Samsung bakal melancarkan telefon pintar Galaxy Note 9 secara rasminya pada 9 Ogos kelak. Kini, menjelang pelancaran berkenaan, beberapa penjual tempatan telah mula menawarkan Galaxy Note 8 pada harga diskaun, termasuk salah satunya adalah DirectD.

Melalui penawaran daripada DirectD ini, pengguna boleh mendapatkan Galaxy Note 8 berwarna merah jambu pada harga serendah RM2779.

Galaxy Note 8 hadir dengan 6.3-inci Super AMOLED, dijana cip Exynos 8895, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah sokongan S-Pen yang menawarkan kemudahan untuk input secara lakaran mahupun tulisan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini, dan mendapatkan salah satu telefon pintar mercu daripada Samsung ini.

Beli : Galaxy Note 8