SanDisk Ultra 3D SSD Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM232

SanDisk Ultra 3D SSD Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM232

Promosi tamat.

RM232 RM299 -22%

Bagi anda yang sedang mencari SSD untuk ditambah pada komputer desktop atau komputer riba anda, kini penawaran khusus untuknya hadir melalui Shopee, membolehkan pengguna mendapatkan SanDisk Ultra 3D SSD dengan storan sebesar 250GB pada harga bermula RM232.

Selain versi 250GB, versi 500GB juga turut ditawarkan pada harga RM419, selain versi 1TB pada harga RM999.

Melalui penawaran storan berasaskan SSD ini, ia menawarkan kelajuan membaca mencapai 560MB/s, atau menulis mencapai 530MB/s. Malah, ia turut menawarkan ketahanan lebih baik dan boleh digunakan untuk memasang sistem operasi bagi boot dan akses yang lebih pantas berbanding penggunaan HDD.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran SanDisk ini di Shopee hari ini.

Beli : SanDisk Ultra 3D SSD