Tronsmart sedia terkenal dengan pelbagai produk kuasa, seperti pengecas, kabel dan juga power bank. Untuk bersaing lagi dalam arena penjualan gajet, mereka turut hadir dengan pelbagai aksesori audio yang terdiri dari pembesar suara dan set fon telinga.
Sempena bulan kemerdekaan ini, Tronsmart mula menjual Spunky Pro pada harga baru iaitu RM199 (sebelum RM239). Akan tetapi untuk jualan 9.9 di Shopee, anda boleh dapatkan Tronsmart Spunky Pro pada harga hanya RM99. Spesifikasi set fon telinga nirwayar ini agak hebat, kalis peluh IPX5, USB-C, pengecasan nirwayar, Bluetooth 5.0 dan bass yang lebih dalam berbanding Spunky biasa.
Model | Spunky Pro |
Jenis Bluetooth | 5.0 |
Frekuensi | 2.402GHz – 2.480GHz |
Bateri | Fon Telinga: 35mAh Po Pengecas: 400mAh (fon telinga boleh dicas 4 kali) |
Masa Pengecasan | 1.5 – 2 Jam |
Ketahanan Bateri | Boleh mencapai 18 Jam |
Pemacu Audio | 6mm x 2 |
Berat | Fon Telinga 5g, Pod Pengecas 47g |