Xiaomi Black Shark Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM2599

Xiaomi Black Shark Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM2599

Promosi tamat.

RM2599 RM2999 -13%

Black Shark merupakan salah satu peranti baru yang hadir dibawah penawaran keluarga ekosistem Xiaomi, dan memfokuskan kepada sokongan permainan video melaluinya. Kini, beberapa penjual telah mula membawa masuk set import peranti berkenaan untuk pasaran tempatan, membolehkan ia dibeli pada harga bermula RM2599.

Xiaomi Black Shark

Black Shark hadir dengan skrin bersaiz 5.99-inci, dijana Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Ia menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel dan 20-megapixel, selain kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh. Black Shark turut melengkapkan ia dengan sokongan penyejukan berasaskan cecair bagi mengelak peranti daripada menjadi panas.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan set import ini pada harga RM2599 untuk model 6GB RAM, dan RM2999 untuk model 8GB RAM. Pembeli juga ditawarkan dengan alat kawalan mudah-alih secara percuma untuk peranti ini dengan setiap pembelian.

Beli : Xiaomi Black Shark