Xiaomi Black Shark Kini Boleh Didapati Pada Harga RM2188

Xiaomi Black Shark Kini Boleh Didapati Pada Harga RM2188

Promosi tamat.

RM2188 RM2999 -27%

Black Shark merupakan salah satu telefon pintar yang memfokuskan permainan video, dan menerima sokongan daripada pihak Xiaomi. Peranti berkenaan telah dibawa masuk secara tidak-rasmi oleh beberapa penjual, dan menawarkannya kepada pengguna tempatan sejak beberapa minggu lepas.

Kini, set import untuk peranti berkenaan dilihat boleh didapati pada harga serendah RM2188 – sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan peranti yang diperkatakan ramai berkenaan pada harga lebih kompetitif.

Xiaomi Black Shark

Black Shark ini hadir dengan skrin 5.99-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12-megapixel dan 20-megapixel, selain kamera hadapan 20-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkannya, mungkin boleh menyemak penawaran set import peranti berkenaan di Lazada hari ini.

Beli : Xiaomi Black Shark