RM1999 RM2799 -29%
Xiaomi kini hadir dengan promosi jualan bersempena ulang-tahun ke-10, sekaligus menawarkan diskaun untuk sejumlah produk dibawah mereka. Salah satunya adalah termasuk Xiaomi Mi 10.
Xiaomi Mi 10 membawakan tanda harga RM2799, tetapi untuk masa terhad, ia ditawarkan pada harga RM1999.
Mi 10 hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED pada kadar segar semula 90Hz, dilengkapi cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 4780mAh dengan pengecasan pantas 30W.
Untuk rakaman gambar, Mi 10 menggunakan lensa utama 108MP + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) + 13MP (ultra-lebar). Dengan penggunaan lensa ini, ia turut membawa kepada sokongan rakamman video 8K menggunakannya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Xiaomi Mi 10 ini pada harga RM1999 untuk waktu terhad ini.
Beli : Xiaomi Mi 10