Xiaomi Mi 9 Dan Mi Mix 3 Kini Ditawarkan Pada Harga RM1299 Untuk Tempoh Terhad

Xiaomi Mi 9 Dan Mi Mix 3 Kini Ditawarkan Pada Harga RM1299 Untuk Tempoh Terhad

Promosi tamat.

RM1299 RM1699 -24%

Bersempena dengan Tahun Baru Cina, pelbagai pihak hadir dengan promosi menarik masing-masing. Tidak ketinggalan adalah Xiaomi yang mana kini menawarkan potongan harga untuk sejumlah produk mereka.

Antaranya adalah termasuk Xiaomi Mi 9 dan juga Mi Mix 3.

Xiaomi Mi 9 hadir dengan skrin 6.39-inci, dijana cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM, dan storan 46GB. Ia dilengkapi tri-kamera belakang gabungan 48MP + 12MP + 16MP, selain kamera hadapan 20MP. Menjananya juga adalah bateri 3300mAh dengan sokongan pengecasan nirwayar.

Xiaomi Mi Mix 3 juga turut hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi, dimana ia dilengkapi skrin 6.39-inci, menggunakan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia menggunakan kamera utama gabungan 12MP + 12MP, selain kamera swafoto pop-naik gabungan 24MP + 2MP. Melengkapkannya juga adalah bateri 3200mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran promosi terhad ini hari ini melalui kedai atas-talian rasmi Xiaomi di Shopee.

Beli : Xiaomi Mi 9 di Shopee

Beli : Xiaomi Mi Mix 3 di Shopee