Xiaomi Mi A1 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM599

Xiaomi Mi A1 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM599

Promosi tamat.

RM599 RM799 -25%

Dengan pelancaran Mi A2 secara rasminya semalam, kini pihak Xiaomi Malaysia dilihat telah mengemaskini penawaran Mi A1, dan mula menawarkannya pada harga diskaun.

Xiaomi Mi A1 hadir dengan skrin 5.5-inci dan telah dilancarkan pada bulan September lepas. Ia menyertakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 32GB. Melengkapkannya juga adalah dwi-kamera belakang, dan juga bateri berkapasiti 3080mAh.

Peranti ini menjadi telefon pertama daripada Xiaomi yang hadir tanpa MIUI dan menggunakan antaramuka asal Android melalui program Android One.

Bagi anda yang masih berminat mendapatkan telefon pintar ini, boleh menyemak penawaran Xiaomi ini pada harga RM599 hari ini.

Beli : Xiaomi Mi A1