Xiaomi Mi Max 2 Dengan Bateri 5300mAh Kini Boleh Didapati Pada Harga RM988

Xiaomi Mi Max 2 Dengan Bateri 5300mAh Kini Boleh Didapati Pada Harga RM988

Promosi tamat.

RM988 RM1049 -6%

Mi Max merupakan telefon pintar daripada Xiaomi yang memfokuskan kepada penawaran bateri berkapasiti besar, dan skrin yang luas. Mi Max 2 adalah generasi peranti paling terkini, dan telah ditawarkan di Malaysia sejak tahun lepas. Malah, pada awal tahun ini ia telah menerima potongan harga, dan menariknya kini anda turut boleh mendapatkan ia pada harga RM988.

Mi Max 2 hadir dengan skrin 6.44-inci, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang, dan bateri berkapasiti 5300mAh untuk penggunaan sehingga dua hari.

Telefon pintar ini turut menggunakan kamera belaakng 12-megaixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bagi anda yang mencari telefon pintar dengan skrin bersaiz besar, mungkin anda boleh menyemak penawaran Mi Max 2 ini hari ini.

Beli : Xiaomi Mi Max 2