Xiaomi Mi Mix 2 Ditawarkan Pada Harga Kurang RM2,000

Xiaomi Mi Mix 2 Ditawarkan Pada Harga Kurang RM2,000

Promosi tamat.

RM1999 RM2199 -9%

Xiaomi Mi Mix 2 merupakan telefon pintar nirbingkai daripada Xiaomi, dan menawarkan spesifikasi yang tinggi. Kini, bersempena dengan Tahun Baru Cina, peranti berkenaan ditawarkan pada diskaun RM200 oleh All IT Hypermart, sekaligus membolehkan anda mendapatkannya pada harga RM1999.

Xiaomi Mi Mix 2

Xiaomi Mi Mix 2 hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 835, memori 6GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel dan kamera utama 5-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan telefon pintar ini sebelum ini, mungkin boleh menyemak penawaran All IT Hypermart ini hari ini. Setiap pembelian juga dilihat ditawarkan bersama Mi Band 2 secara percuma.


Lain-lain Promosi