Xiaomi Mi Mix 3 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1299

Xiaomi Mi Mix 3 Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM1299

Promosi tamat.

RM1299 RM2199 -41%

Xiaomi pada awal tahun 2019 telah pun menawarkan salah satu telefon pintar terbaru mereka, iaitu Mi Mix 3. Kini, selang setahun, telefon pintar berkenaan ditawarkan pada harga diskaun yang agak menarik.

Mi Mix 3 hadir dengan skrin 6.39-inci, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP, selain dwi-kamera hadapan pop-naik gabungan 24MP + 2MP. Melengkapkan ia juga adalah bateri 3200mAh.

Telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM2199 ketika pengenalannya tempoh hari. Melalui promosi di Shopee, pengguna kini boleh mendapatkannya pada harga RM1299. Namun, kuantiti yang ditawarkan adalah sangat terhad buat masa ini.

Beli : Xiaomi Mi Mix 3