Xiaomi Pocophone F1 Boleh Didapati Pada Harga RM1199 Untuk Hari Ini

Xiaomi Pocophone F1 Boleh Didapati Pada Harga RM1199 Untuk Hari Ini

Promosi tamat.

RM1199 RM1299 -8%

Bersempena dengan Tahun Baru Cina, Xiaomi kini menyediakan beberapa peranti pada harga diskaun. Salah satunya adalah Pocophone F1 yang kini boleh didapati pada harga RM1199.

Ia sekaligus memperlihatkan potongan harga sebanyak RM100 berbanding harga jualan biasa.

Pocophone F1 hadir dengan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Selain itu, ia dilengkapi bateri 4000mAh dan penawaran penyejukan berasaskan cecair untuk masa penggunaan lebih lama.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan peranti ini dalam masa terdekat, mungkin boleh menyemak penawaran ini daripada Xiaomi hari ini.

Beli : Pocophone F1