Xiaomi Tawar Pemotong Rambut Pada Harga Bermula RM28.90

Xiaomi Tawar Pemotong Rambut Pada Harga Bermula RM28.90

Promosi tamat.

RM28.9 RM40 -28%

Xiaomi mempunyai sejumlah produk dalam membantu memudahkan kehidupan seharian pengguna. Salah satunya adalah pemotong rambut dibawah jenama Enchen.

Hari ini, bersempena dengan 12.12, pihak Xiaomi turut menawarkan diskaun untuk pemotong rambut mereka.

Tiga variasi pemotong rambut ditawarkan. Menariknya, ia menggunakan pengecas berasaskan USB-C, sekaligus lebih menjimatkan berbanding pemotong rambut lain yang menggunakan bateri AA.

Xiaomi Enchen Boost

Yang pertama adalah Xiaomi Enchen Boost. Kami sendiri sedia menggunakannya, dan berpuas hati dengannya. Namun, matanya agak tebal, maka anda tidak boleh menipiskan – sebagai contoh misai pada tahap yang lebih pendek berbanding Enchen Hummingbird. Enchen Boost ini boleh didapati pada harga RM28.90.

Xiaomi Enchen Hummingbird

Enchen Hummingbird pula menawarkan potongan yang lebiih nipis, dan ditawarkan pada harga RM38.90.

Enchen BlackStone 3D

Satu lagi yang ditawarkan adalah Enchen BlackStone 3D yang hadir dengan tiga mata untuk memotong pada pelbagai sudut di wajah, selain turut hadir dengan sokongan kalis air. Versi ini pula ditawarkan pada harga RM32.90. Pemotong ini lebih ditujukan untuk penggunaan di wajah, berbanding yang lain yang turut sesuai untuk digunakan pada rambut kepala.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di Lazada, dan mendapatkan pemotong rambut kegemaran anda hari ini.

Beli : Enchen Boost pada harga RM28.90

Beli : Enchen Hummingbird pada harga RM38.90

Beli : Enchen BlackStone 3D pada harga RM32.90