-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?3 jam lepas
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
PlayStation 5 – Apa Yang Tak Menarik?Jan 6, 2021
-
#AmanzTV : Mingguan Android – Tango, Ubuntu Live Wallpaper, Battle CatsJan 23, 2013
-
Adobe Premiere Pro – Kenali Ciri New ItemOkt 12, 2020
-
Adobe Illustrator – Bagaimana Menggunakan Blend Tool?Okt 10, 2020
-
Mingguan Amanz – Samsung Galaxy A9 (2018), Oppo R17 Pro, Bank Gantikan SMS-TACNov 26, 2018
Teknologi Dan Malaysia Sepanjang Tahun 2014
-
-
Tahun 2014 telah pun melaburkan tirainya, dimana pelbagai perkara menarik telah dibawakan oleh pelbagai syarikat sepanjang tahun lepas. Semua mungkin sudah sedia ketahui apakah yang dibawakan oleh dunia teknologi sepanjang tahun 2014 lepas, dan pada masa yang sama ingin mengetahui ringkasan arena teknologi pada tahun 2014 ini di Malaysia.
Pada tahun 2014 ini, salah satu perkara yang menjadi bualan ramai adalah pelaburan majoriti Telekom Malaysia ke dalam P1, selain turut hadir dengan perkhidmatan tanpa-wayar mereka tersendiri dinamakan sebagai TMgo.
Selain itu, salah satu isu yang hangat diperkatakan ramai sepanjang tahun adalah berkaitan dengan Uber – dimana ia menerima beberapa amaran daripada pihak SPAD. Dalam industri sama, MyTeksi dari Malaysia dilihat terus memperkukuhkan kedudukan dan menerima pelaburan besar daripada Softbank.
Pelbagai syarikat gergasi dunia juga turut memberikan perhatian ke pasaran tempatan, termasuk syarikat pengeluar dari China seperti Xiaomi, Huawei, ViVo, Oppo, Meizu dan beberapa yang lain. Selain pengeluar peranti, syarikat yang menawarkan perkhidmatan turut mengoptimasikan perkhidmatan mereka untuk pasaran tempatan – termasuk Google yang memperluaskan sokongan StreetView di Malaysia, dan Steam yang mula menggunakan Ringgit Malaysia dalam paparan harga.
Arena Startup tempatan juga melihat perkembangan positif, dimana beberapa syarikat baru hadir, sementara MOL yang menyenaraikan syarikat di Nasdaq. Kerajaan juga membantu memberi pelbagai nasihat dan panduan melalui inisiatif MagiC.