Pada minggu ini, pelbagai berita memfokuskan kepada pengenalan produk baru ketika CES 2016 yang berlangsung di Amerika Syarikat telah dilaporkan – dimana kebanyakkannya adalah pengenalan produk pintar baru, terdiri daripada dron, kamera, peranti boleh-pakai, komputer, televisyen, peranti mudah-alih dan beberapa yang lain.

Di Malaysia, pada minggu ini menyaksikan pihak Apple akhirnya melancarkan Apple Watch secara rasminya, dimana ia ditawarkan pada harga bermula RM1599 sehingga kepada RM80,000.

Dan menariknya, pada minggu ini turut menyaksikan pengenalan perkhidmatan Netflix di Malaysia, membolehkan pengguna tempatan untuk menikmati pelbagai video penstriman pada harga bermula RM33 sebulan.

TIPS & ULASAN