Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Xiaomi telah mengumumkan kemaskini kepada Redmi Note 3 yang hadir dengan cip Snapdragon, selain turut mengumumkan telefon pintar baru Redmi 3 yang hadir dengan rekaan berasaskan logam, selain menawarkan spesifikasi yang baik.

Beberapa peranti lain yang turut dilancarkan adalah termasuk Lenovo Lemon dan juga Oppo F1.

Di Malaysia pula, Asus Malaysia telah melancarkan Asus Zenfone Zoom pada harga RM2099, serta Asus Zenfone Max pada harga RM899. Jam tangan pintar Honor Band Z1 turut telah dilancarkan di Malaysia, selain Microsoft yang hadir dengan Lumia 550 dan juga Nokia 230.

Dalam arena perisian, Remix OS telah dilancarkan untuk pengguna yang menawarkan pengalaman penggunaan Android pada desktop. Kemaskini Android 6.0 Marshmallow turut telah mula diperkenalkan untuk pengguna HTC One M8.

Satu lagi perkara baru yang berlaku adalah pengenalan Siri dalam bahasa Melayu oleh Apple melalui iOS 9.3.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd