Mingguan Amanz – Oppo F1, Dell XPS 12, WhatsApp Percuma

Mingguan Amanz – Oppo F1, Dell XPS 12, WhatsApp Percuma

Diterbitkan pada Jan 24, 2016 oleh .

Minggu ini menyaksikan beberapa produk baru telah dilancarkan, termasuk untuk pasaran Malaysia adalah Oppo F1 – telefon pintar pertama Oppo yang memfokuskan sepenuhnya untuk selfie.

Dell juga telah mula menawarkan Dell XPS 12 dengan rekaan seumpama Surface di Malaysia. Bercakap mengenai Surface, pihak Microsoft telah mengumumkan program ganti semula untuk kord kuasa Surface Pro, Surface Pro 2 dan juga Surface Pro 3.

Dalam arena aplikasi dan perisian pula, WhatsApp telah mengumumkan penawaran aplikasi mereka secara percuma dan tiada lagi yuran langganan tahunan seperti sebelum ini. Skype pula pada minggu ini telah memperkenalkan Skype Translator dengan meluas kepada semua pengguna Windows.

TIPS & ULASAN