Pada minggu ini, Twitter telah memperkenalkan sokogan paparan garis masa berasaskan algoritma, sekaligus memperlihatkan reaksi berbeza daripada pengguna Twitter. Namun, memandangkan ia hanya hadir dalam pilihan untuk aktifkannya ataupun sebaliknya, maka ia bukan sebuah masalah besar kepada pengguna Twitter.

Disamping Twitter, minggu ini menyaksikan pihak Instagram mengumumkan sokongan multi-akaun, dan di Malaysia pula, Google Malaysia memperkenalkan sokongan YouTube Offline.

Honor Malaysia pula telah mengumumkan harga jualan honor 5x dan honor 7E di Malaysia – dimana masing-masing ditawarkan pada harga RM899 dan RM1499.

TIPS & ULASAN