Cari @ Amanz

Dengan seminggu sebelum acara Mobile World Congress, pelbagai ketirisan berlaku memperlihatkan beberapa info mengenai peranti Galaxy S7 dan LG G5 yang bakal dilancarkan. LG juga turut memperkenalkan beberapa peranti baru, termasuk salah satunya adalah LG Stylus 2.

Di Malaysia, pihak Lenovo telah memperkenalkan Moto 360 2015 untuk pasaran tempatan – sekaligus membawa jam tangan pintar berasaskan Android Wear kepada para peminat tempatan.

Perdana Menteri kita pada minggu ini telah berkunjung kepada beberapa syarikat ICT di Amerika Syarikat, termasuk ke Tesla dan Apple – serta berkongsi beberapa perancangan dan cadangan untuk mereka.

Di India, sebuah telefon pintar berharga rendah telah diperkenalkan yang memperlihatkan maklumbalas berbeza daripada pengguna dan jenama seluruh dunia.

Dalam arena aplikasi, Twitter telah memperkenalkan sokongan GIF, selain Google pula telah memperkenalkan Gamer ID menggantikan penggunaan Google+ Games sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd