Cari @ Amanz

Pada minggu ini, MWC 2016 telah berlangsung di Barcelona, yang mana menyaksikan sejumlah produk baru dilancarkan. Mencuri perhatian ramai adalah pengumuman Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang kini hadir dengan sokongan spesifikasi yang baik, penyejukan berasaskan air, kamera yang pantas, serta rekaan kalis air.

Disamping Samsung, LG juga turut mencuri perhatian ramai dengan pengenalan LG G5 yang menawarkan fungsi mengubah bateri dan juga menambah beberapa aksesori berasaskan modular.

Sony turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan keluarga Xperia X mereka – serta mengumumkan tiga peranti baru dibawah keluarga berkenaan.

Xiaomi pula telah memperkenalkan Xiaomi Mi 5 yang hadir dengan rekaan yang cantik, serta spesifikasi tinggi – serta mengekalkan harga jualan murah.

Disamping itu, sejumlah pengeluar lain turut telah menghadirkan diri dan mengumumkan produk serta aksesori mereka pada MWC 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd