Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, beberapa peranti baru telah diumumkan, dan salah satunya adalah Vivo Xplay 5 yang hadir dengan memori sehingga 6GB RAM. Disamping Vivo, beberapa peranti turut telah diumumkan, terutamanya di Malaysia.

Samsung Malaysia telah mengumumkan harga jualan untuk Galaxy S7 Edge, iaitu RM3099, tetapi pengguna boleh mendapatkannya pada harga diskaun 20% dengan membuat pra-tempahan untuknya. Lenovo Malaysia pula telah memperkenalkan telefon pintar Lenovo K4 Note secara rasmi di Malaysia pada harga RM999.

Disamping itu, beberapa aplikasi telah dilancarkan pada minggu ini, dan salah satu yang mencuri perhatian adalah Clash Royale – iaitu permainan susulan Clash of Clans.

Terdapat 3 komen
  1. samsung selalu dihadapan menjadi teraju. Vivo dah mula mentiru jalan samsung. Hebatnya

    Samsung is better

  2. Wah! Cepat2 tempah Samsung S7 paling maju didunia kita dpt diskaun cecah RM600. Mana lagi nk dapat? Apple pun kedekut nak tawarkan diskaun 20%. Hanya Samsung tawaran terbaik. Selepas ni harga naik jadi RM3,099.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN