Mingguan Amanz – Amazon Prime Video, Apple AirPods, Twitter Live

Mingguan Amanz – Amazon Prime Video, Apple AirPods, Twitter Live

Diterbitkan pada Dis 18, 2016 oleh .

Pada minggu ini, Google telah memperkenalkan aplikasi GBoard untuk Android, iaitu papan kekunci pintar yang turut hadir dengan sokongan carian Google tanpa perlu meninggalkan sebarang aplikasi. Selain itu, Google turut telah memperkenalkan Android Things untuk digunakan pada peranti berhubung.

Dalam arena peranti, pihak Apple telah mula menawarkan fon telinga tanpa wayar, AirPods untuk pasaran tempatan, selain turut telah mula memaparkan harga aplikasi dalam Ringgit Malaysia.

Sejumlah aplikasi memperlihatkan kemaskini baru pada minggu ini, termasuk Twitter yang menyertakan sokongan Twitter Live, selain Instagram yang membolehkan anda menyimpan sesuatu gambar untuk rujukan masa akan datang.

Selain itu, Super Mario Run turut telah dilancarkan untuk pengguna iOS, dan Amazon pula membuat kejutan dengan memperkenalkan Amazon Prime Video untuk pengguna Malaysia.


TIPS & ULASAN