Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan LG memulakan pengumuman CES 2017 mereka dengan pengenalan sejumlah telefon pintar dibawah siri-K, selain sebuah telefon pintar dengan sokongan stylus. Kesemuanya hanya diumumkan untuk pasaran global, dan tidak diketahui lagi penawaran spesifik mengikut pasaran.

Di Malaysia pula, beberapa peranti baru turut dilancarkan, termasuk Huawei Mate 9 Pro, HTC Desire 10 Pro, HTC A9s, dan juga komputer riba HP Spectre x360 baru yang hadir dengan cip pemprosesan Kaby Lake.

Dalam arena telekomunikasi, Celcom telah menawarkan Xpax dengan pemasaran yang dinamakan NoKelentong – menawarkan satu pelan yang lebih mudah difahami tanpa pembahagian mengikut penggunaan. U Mobile turut menawarkan data tambahan sehingga 3 kali ganda untuk pengguna prabayar, selain turut telah mula menawarkan sokongan pembelian aplikasi menggunakan kredit prabayar atau pascabayar.

Dan dengan cuti penghujung tahun, pihak Valve telah mula menawarkan potongan harga untuk pelbagai permainan di Steam. Bercakap dalam arena sama, kini Sony telah mula menawarkan kad prabayar PlayStation di rangkaian 7Eleven seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd