Mingguan Aksiz – Gran Turismo Sport, PS4 Pro Putih, JUMP

Mingguan Aksiz – Gran Turismo Sport, PS4 Pro Putih, JUMP

Diterbitkan pada July 15, 2017 oleh .

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, sejumlah trailer baru untuk permainan akan datang telah diperlihatkan. Termasuk Gran Turismo Sport telah diumumkan bakal hadir ke pasaran tempatan bermula 17 Oktober kelak.

Selain itu, Sony pada minggu ini telah memperkenalkan PlayStation 4 Pro berwarna putih bersama-sama pakej permainan Destiny 2. Selain itu, di Malaysia, perlawanan Mobile Legends bakal diadakan pada penghujung bulan ini yang menyaksikan pemain tempatan dan Singapura bersaing untuk memenangi hadiah utama.

Disamping itu, dalam arena e-sukan, kini The International telah mengumpul hadiah berjumlah melangkaui $20.8 juta – sekaligus menjadikan ia sebagai hadiah terbesar dalam arena e-sukan.

Untuk peminat permainan indie pula, sebuah perkhidmatan dinamakan Jump telah diumumkan yang akan menawarkan sejumlah permainan indie pada harga langganan bulanan seumpama Netflix.

Untuk mengikuti berita lanjut mengenai arena permainan video, jangan lupa ikuti kami di Aksiz.com.

Layari : Aksiz.com


TIPS & ULASAN