Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah acara e-sukan diumumkan untuk pasaran tempatan. Yang pertama adalah Selangor Cyber Games 2017 kembali untuk tahun ini, dan menawarkan hadiah berjumlah RM180,000. Selain SCG 2017, pihak HP turut mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara e-sukan Dota 2 pada bulan Ogos ini.

Minggu ini turut memperlihatkan sejumlah kemaskini untuk permainan berbentuk berlawan – termasuk untuk DragonBall FighterZ yang menerima pengumuman beberapa watak baru. Telltale Games turut tidak ketinggalan dan mengumumkan beberapa permainan baru akan datang, termasuk Batman, Walking Dead dan juga Wolf Within Us.

Bersempena dengan PSX 2017 pula, Sony turut mengumumkan yang mana Ni No Kuni 2 akan turut dapat dimainkan pada acara berkenaan.

Dan akhir sekali, minggu ini juga kita melihat trailer terbaru untuk Kingdom Hearts 3 yang akan datang tahun depan dengan kandungan daripada Toy Story padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd